91. Guru Sekaligus Da'i



📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)




Yang mulia Ustaz Muhammad Badri penasihat kurikulum di Departemen Pendidikan bercerita kepadaku:
 
"Ketika saya masih menjadi siswa Sekolah Dasar Al-Azhar, di kampung saya saat itu jamaah Ikhwanul Muslimin belum mempunyai pengikut yang banyak, padahal di kampung dekat kami, Shahrajatul Kubra, Ikhwanul Muslimin mempunyai massa yang amat banyak. Akan tetapi saya sendiri sudah mengenal dakwah Ikhwan melalui Ma'had Al-Manshurah Al-Azhar. Salah seorang ustaz generasi awal Ikhwanul Muslimin, yaitu Ustaz Shalah Asy-Syarbim almarhum berhasil menanamkan rasa cinta kepada dakwah di dalam hatiku.
 
Beliau guru beberapa bidang studi. Ia seorang pemuda yang tampan dan menarik, ayahnya seorang kepala desa, dan mempunyai kereta. Suatu ketika, beliau mengajar kami. Kami merasa senang dan mencintainya. Ketika itu beliau berbicara tentang Islam dengan kaedah yang menyenangkan, berkesan, dan memuaskan. Kami menanyakan siapa sebenarnya ustaz tersebut? Mereka menjawab, "Dia adalah Ustaz Shalah Asy-Syarbini, dari Ikhwanul Muslimin."
 
Beliau mengundang kami ke Pejabat Cabang Ikhwan Al-Manshurah di Jalan As- Sakah Al-Jadidah. Beliau mengajak kami berpuasa Isnin-Khamis, dan berbuka bersama dengan beberapa anggota Ikhwanul Muslimin. Beliau menyiapkan makanan dan menyuguhkannya kepada kami, meminta kami menghafal beberapa surah Al-Quran yang pendek dan beberapa hadith Rasul saw. Dalam membina, beliau rahimahullah lebih rnemfokuskan pada persoalan akhlak dan pendidikan. Setelah beberapa waktu bersamanya yang tidak dapat kami lupakan, beliau berangkat ke Saudi Arabia untuk mengajar di sana. Di sana pula beliau kembali kepada Allah dan dikuburkan di tanah yang penuh dengan keberkahan itu.

Bagikan ini :

Comments

Popular posts from this blog

Terjemahan Kitab Kifayatul Awam (Tauhid)

Terjemahan Kitab Qami' Ath-Thughyan (77 Cabang Iman)

Buku Islahul Qulub (Jernihkan Hati)

Terjemahan Kitab Mukasyafah Al-Qulub (Bening Hati Dengan Ilmu Tasawuf)

Terjemahan Kitab Nashoihul Ibad

Terjemahan Kitab Syarah Al-Hikam