66. Cinta kerana Allah adalah Pintu Menuju Hati
📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)
Cinta kerana Allah adalah pembuka hati, namun terkadang muncul beberapa
perilaku yang menghambat cinta tersebut. Mengekspresikan perasaan cinta
tanpa pertimbangan, tanpa penahapan, tanpa kesesuaian dan keserasian,
atau tanpa memerhatikan momen dan kesempatan, dapat menyebabkan
kontraproduktif. Cinta kerana Allah dan persaudaraan kerana-Nya, bukan
sarana untuk menikmati pelampiasan perasaan, atau untuk membuang-buang
waktu dengan sembang kosong, atau kegiatan lain yang mengasyikkan namun tanpa
faedah. Juga bukan sekadar untuk mencairkan beban sesama muslim dalam
meringankan amanah dan tanggung jawab dakwah yang berat dengan kunjungan,
memberi sedekah, membuat forum diskusi, surat menyurat, duduk-duduk
berbincang tentang berbagai hal yang menghabiskan waktu dan
menyia-nyiakan berbagai kewajiban dan tanggung jawab konkrit padahal
bagi mereka waktu adalah kehidupan itu sendiri dengan harapan bahawa
semua itu merupakan jalan mudah menuju surga.
Bukan semua ltu. Namun persaudaraan kerana Allah adalah curahan perasaan,
berjuang untuk membantu saudaranya demi peningkatan potensi diri secara
bersama-sama, dengan tarbiyah dan takwiniyah, "penyemaian biji", "pencabutan
rumput", dorongan semangat dan hasrat, penyebaran dakwah melalui
persaudaraan yang tulus, ibadah yang khusyuk, serta kontinuiti dalam
menyampaikan dakwah dengan cara yang baik.
Tidak ada darjat cinta kerana Allah yang lebih agung daripada cinta yang
dapat memunculkan keagungan dakwah, membangun kerangkanya, dan
menegakkan daulah Islam di dunia.
Bagikan ini :
Comments
Post a Comment
Silakan berkomentar secara bijak dan sesuai dengan pembahasan