31. Dakwah dengan Kata-kata
📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)
Dakwah harus menggunakan kaedah yang syar'i, seperti kata-kata dan
penjelasan. Kaedah dakwah harus bersumber dari nilai-nilai Islam. Dakwah,
sebagai kaedah untuk menanamkan nilai-nilai hati, tidak boleh
menggunakan kaedah-kaedah jahiliah. Segala kaedah dan cara harus sesuai
dengan fikrah dan ruh ajaran Islam. Berapa banyak pemuda yang
bersemangat menempuh jalan dakwah fardiyah, tetapi mereka merasa tidak
berhasil dan tidak mampu memahami kaedahnya. Itulah di antara hambatan
yang menghalangi mereka untuk merealisasikan tujuan.
Di antara kendala yang menonjol adalah masih terdapatnya da'i yang tidak
memiliki kapasiti ilmu dan pemahaman yang baik. Boleh jadi ia tersesat,
walaupun memiliki kepekaan, keterampilan, dan pandangan yang luas.
Rasulullah telah memberi kemudahan dalam hal ini seraya bersabda, "Sampaikan
dariku walau hanya satu ayat!" Banyak kata-kata baik yang cukup menarik
dan berpengaruh, seperti orang-orang berpengalaman yang mengatakan
bahawa "kata itu membawa kehahagiaan". Bahkan menyusun kalimat yang
tepat merupakan sesuatu yang penting.
Allah berfirman,
"Katakanlah (kepada
manusia dengan) perkataan yang benar." { M A h b )
Seorang da'i, ketika menghadapi siapa pun, harus berfikir bahawa
seseorang mungkin saja tercemar oleh pemikiran-pemikiran kotor yang
diwariskan oleh para
taghut
yang menyebarkan pemahaman sesat tentang orientasi Islam. Oleh kerana
ltu, janganlah putus asa apabila menghadapi tentangan ini, sebaliknya
engkau harus mempersiapkan diri guna menghadapinya. Bahkan, engkau harus
memaafkan kebodohan mereka tentang hakikat yang tidak mereka ketahui ini.
Bila engkau memahami hakikat ini, engkau harus bersabar untuk hidup
bersama mereka sampai mereka mengetahuinya. Rasulullah saw. telah
bersabda, "Bersikap lunaklah kepada manusia dan bersabarlah bersama
mereka!"
Sikap lunak dan kasih sayang dalam kesabaran men-dekatkan seseorang pada
hakikat yang tidak diketahuinya. Sehingga bila mereka memahami dan
merasakannya, niscaya akan mengimani dan meyakininya.
Sebuah syair bertutur:
Barangsiapa mencicipi "rasa"Islam.
Ia memahaminya
Barangsiapa memahaminya
la bangkit dengan
rubnya sebagai tebusan
Hendaknya dipahami bahawa
uslub
(kaedah) dakwah itu berbeda antara satu orang dengan orang lain. Kaedah
dakwah juga tidak tetap, tergantung situasi dan kondisi. Nah,
pengetahuan tentang situasi dan kondisi inilah yang akan menentukan
pilihan strategi dan kaedah dakwah yang tepat. Rasulullah saw. pernah
didatangi seorang pegulat bernama Rukamah, waktu la belum masuk Islam.
la tidak bertanya kepada Rasulullah saw. tentang aqidah atau ibadah,
tetapi ia mengatakan, "Bila kamu dapat mengalahkan aku, aku bersedia
masuk Islam." Beliau pun menerima tantangan itu, ternyata beliau dapat
mengalahkannya. Maka, Rukamah pun masuk Islam.
Hamzah bin Abdul Muthalib baru saja datang dari berburu, waktu ia belum
masuk Islam, tiba-tiba diberi-tahu bahawa Abu Jahal telah memaki
keponakannya, Muhammad saw., pada saat beliau sedang duduk di samping
Ka'bah. Serta merta Hamzah datang ke Ka'bah lalu memukul kepala Abu
Jahal hingga terluka, seraya berkata, "Mengapa kamu mencela Muhammad
padahal saya penganut agamanya!" Pada saat itu juga Hamzah menyatakan, "Saya
telah masuk Islam!"
Bagikan ini :
Comments
Post a Comment
Silakan berkomentar secara bijak dan sesuai dengan pembahasan