1. Kata Pengantar
📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)
Dr. Al-Habr
YusufNur Ad-Daim
Kitab (Buku) yang berada di hadapan para pembaca ini —
Ath-Thariq ila Al-Quluub—adalah
karya Syaikh Abbas Hasan As-Siisi, seorang tokoh da'i yang mempunyai
banyak pengetahuan dan pengalaman tentang rahsia hati.
Jika
Anda bertemu dengan beliau, Anda akan tertarik dengan akhlaknya yang
sangat baik, raut wajahnya yang ceria dan bersahabat, serta sorot
matanya yang menyejukkan. Itu jugalah yang saya alami tatkala pertama
kali bertemu dengan beliau. Anda pun akan langsung menyukainya jika Anda
bertemu dengannya. Semakin lama Anda bergaul dengannya, maka semakin
dalam pula rasa suka Anda terhadapnya, kerana Anda akan mengetahui
bahawa beliau adaiah orang yang penuh dengan pengalaman dan sibuk dalam
dakwah, sehingga seakan-akan tidak mempunyai waktu lagi untuk mengurus
permasalahannya sendiri dan permasalahan anak-anaknya. Semua pemuda yang
berjuang di jalan dakwah merasakan belaian kasih sayangnya. Beliau
menganggap mereka semua sebagai anak-anaknya sendiri dan mereka pun
menganggapnya sebagai orang tua sendiri, sehingga timbullah saling
pengertian dan saling berbagi rasa. Jika beliau berada di antara mereka,
beliau akan menjadi sebahagian dari mereka, hampir-hampir tidak bisa
dibezakan. Sifat tawadhu'nya sangat tinggi.
Ungkapan
saya ini bukan kerana sikap
ghuluw
terhadap
beliau dan bukan pula bermaksud menyucikan beliau dari kesalahan
(wa laa uzakki 'alallahi ahada),
Akan
tetapi, saya ingin agar para pemuda melihat kehidupan generasi pertama
hasil didikan Asy-Syahid Hasan Al-Banna —semoga Allah memasukkan beliau
ke dalam syurga- Nya— agar mereka mengetahui dampak positif dan
tarbiyah qur'aniyah
dalam
membentuk pejuang-pejuang dakwah.
Generasi
pertama itu benar-benar telah mengetahui rahsia hati manusia. Oleh
kerananya, langkah yang mereka tempuh memang diorientasikan untuk
membersihkan hati mereka dengan hidayah llahiah terlebih dulu, baru
setelah itu mereka memberikan pengetahuan dan pengalaman yang mereka
dapatkan kepada orang lain. Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang
mudah difahami dan dibuat semenarik mungkin. Anda tidak akan bosan
tatkala membacanya, bahkan Anda akan merasakan belaian kasih sayang yang
menyentuh jiwa, sehingga Anda akan terus-menerus merindukannya.
Akhirnya,
saya sungguh sangat berbahagia kerana telah diberi kepercayaan untuk
memberikan kata pengantar bagi buku berharga ini.
Bagikan ini :
Comments
Post a Comment
Silakan berkomentar secara bijak dan sesuai dengan pembahasan