64. Kisah Menarik Tentang Keikhlasan dan Ketulusan
📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)
Gerakan kemurtadan berakhir setelah diselesaikan oleh Abu Bakar ra.
Sebagai khalifah Rasulullah saw. beliau juga berkewajiban menyebarkan
Islam ke seluruh alam, maka beliau mengirim pasukan Islam ke Irak dan
Syam. Ketika mulai menyiapkan pasukan, beliau berpikir tentang siapa
yang akan dipilih untuk memimpin pasukan ke Syam. Beliau tidak
mengetahui orang yang lebih baik selain Khalid bin Sa'id. Abu Bakar ra.
memahami ketidaksertaannya dalam pembai'atan Khalifah disebabkan
kecintaannya kepada keluarga Nabi saw., kerana itu beliau mengangkatnya
sebagai panglima dan mengantarkan bendera ke rumahnya.
Berbeda dengan pendamping beliau, Umar ra., ia tidak memaafkan sikap
Khalid pada saat pembai'atan Abu Bakar. Umar mengkhawatirkan hal itu
akan memecah belah keutuhan umat.
Maka Umar pergi menemui Abu Bakar lantas berkata, "Anda mengangkat
Khalid yang telah mengatakan begini dan begitu!" Umar terus mendesak Abu
Bakar, hingga akhirnya ia mengutus Al-Arwa Ad-Dausi untuk menemui Khalid
dan mehyampaikan pesan, "Sesungguhnya pengganti Rasulullah saw. berkata,
'Kembahkan bendera kepada kami.'" Segera Khalid mengeluarkan bendera dan
menyerahkan kepadanya seraya berkata, "Demi Allah, saya tidak gembira
ketika diberi jabatan, dan juga tidak sedih ketika kalian cabut kembali.
Sesung-guhnya yang tercela untuk selain Anda." Selang beberapa saat, Abu
Bakar datang menemuinya untuk meminta maaf dan mengharapnya untuk tidak
mencela Umar dengan sepatah kata pun. Khalid senantiasa memohonkan
rahmat kepada Allah untuk Umar ra. sampai meninggalnya.
Mereka semua adalah pencinta kebenaran dan petunjuk, maka setelah Abu
Bakar ra. melepas jabatan Khalid beliau mengangkat salah seorang
prajuritnya, Yazid bin Abi Sufyan, dan menyerahkan bendera kepadanya.
Beliau juga mengangkat Syarahbil bin Hasanah dan Amr bin Al-'Ash untuk
memimpin pasukan yang lain. Ketika bertemu Khalid, Abu Bakar bertanya, "Siapa
di antara mereka yang paling Anda sukai?" Agar Khalid berjuang di bawah
benderanya, maka Khalid memberi jawaban, "Anak paman (misan) saya, Amr
bin Al-'Ash, lebih saya cintai kerana hubungan kerabat. Sedang Syarahbil
lebih saya cintai kerana diennya, dia adalah saudaraku di masa
Rasulullah saw. dan pendukungku yang menghargai misanku."
Abu Bakar amat terkesan, maka beliau berpesan kepada Syarahbil bin
Hasanah, "Perhatikan Khalid bin Sa'id, kenali hak-haknya atas dirimu
sebagaimana Anda suka ia mengenal hak-hakmu atas dirinya bila ia jadi
pemimpinmu. Anda telah mengetahui kedudukannya dalam Islam, ketika
Rasulullah saw. wafat ia masih memegang jabatan. Aku telah memberinya
jabatan, tetapi kucabut kembali, dan aku berharap semoga hal itu lebih
baik untuk diennya, saya tidak ingin membuat seseorang bergembira kerana
jabatan. Saya juga telah memberitahu yang menjadi pemimpin pasukan,
ter-nyata ia memilih di bawah komando Anda dan sepupu-nya.
Kerana itu, bila kamu punya persoalan yang mem-perlukan pendapat orang
yang bertaqwa dan shalih, maka pertama kali mintalah pendapat kepada Abu
Ubaidah Al- Jarrah, kedua kepada Mu1 adz bin Jabal, lalu yang ketiga
kepada Khalid bin Sa'id. Insya Allah, Anda akan dapatkan nasihat dan
kebaikan dari mereka. Janganlah menjauhi pendapat mereka, atau
menyembu-nyikan sebagian berita dari mereka."
Demikianlah, akhirnya Khalid turut berjihad bersa-ma umat Islam sebagai
prajurit biasa. Ketika sampai di Marajul Ashfar, pasukan Rumawi sudah
berbaris untuk menghadapi pasukan Islam dan perang pun berlangsung.
Khalid bin Sa'id menyerang ke kanan dan ke kiri dengan gagah berani.
Akhirnya, beliau syahid.
Bagikan ini :
Comments
Post a Comment
Silakan berkomentar secara bijak dan sesuai dengan pembahasan