12. Sarana-Sarana Dakwah
📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)
Seorang teman berkata bahawa ia merasa tidak mempunyai kemampuan untuk
berdakwah, kerana dia bukan seorang yang faqih dan bukan seorang yang
tahu banyak tentang metode dakwah. Adapun hadits-hadits Rasul saw. yang
berkaitan dengan dakwah yang telah dibacanya merupakan sebuah barakah.
Ia tidak tahu bahawa barakah harus berbuah, dan buah dari barakah adalah
produktiviti.
Rasulullah saw. bersabda,
"Senyummu pada wajah
saudaramu adalah sedekah."
Jadi, jika Anda tidak tersenyum pada wajah saudara Anda, maka Anda tidak
mendapatkan pahala sedekah itu. Jika setiap muslim mahu memberi senyum
tatkala bertemu dengan saudaranya sesama muslim, kita akan menjumpai
sebuah masyarakat muslim yang berwajah cerah dan saling mencintai.
Inilah barakah dari sebuah senyuman yang tulus. Allah swt. pernah
menegur Rasulullah saw. tatkala beliau bermuka masam saat ditemui oleh
Ibnu Maktum ra. Allah berfirman,
"Dia (Muhammad) bermuka
masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah
kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa)."('Abasa:1-3)
Dari contoh ini Anda akan mengetahui bahawa setiap yang datang dari
Rasulullah adalah metode dakwah dan manhaj tarbiyah. Marilah kita
mengambil salah satu contoh dari hadits-hadits berikut yang mengajarkan
tentang sarana dan metode dakwah yang mudah dipelajari dan diterapkan
oleh para da'i. Anda akan melihat bahawa pelajaran-pelajaran itu sangat
gamblang dan akan menyedari bahawa daya tangkap kita lah yang memang
belum sampai.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Rasulullah saw. bahawa beliau
bersabda, "Hak
seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam: jika bertemu maka
berilah salam, jika tidak kelihatan maka cari tahulah, jika sakit maka
jenguklah, jika mengundang maka penuhilah, jika bersin dan mengucapkan
hamdalah maka
jawablah (dengan mengucapkan
'yarhamukallah',
dan jika meninggal dunia
maka hantarkanlah (ke pemakaman)."
Pertama,
jika bertemu maka berilah salam Mengucapkan salam adalah langkah pertama,
akan semakin mantap jika diikuti dengan berjabat tangan. Ucapan salam
harus disertai dengan perasaan cinta, senang, dan wajah yang berseri
agar fungsi ucapan salam itu terwujud. Setelah itu saling memperkenalkan
nama, pekerjaan, dan tempat tinggal. Dengan demikian Anda telah menapaki
tahap awal dalam berdakwah.
Kedua,
jika tidak kelihatan maka cari tahulah Watak sebuah perkenalan adalah
jika seseorang yang telah Anda kenal itu tidak Anda lihat dalam waktu
tertentu, maka Anda harus mencari khabar tentang keadaannya atau
menghubunginya, baik melalui telefon mahupun surat.
Ketiga,
jika sakit maka jenguklah
Sunnatullah
akan berlaku pada setiap orang, maka suatu saat ia akan merasa gembira,
sedih, atau sakit; dan setiap kondisi harus disikapi dengan sikap yang
islamik. Jika Anda mendengar bahawa teman Anda sakit, Anda harus
cepat-cepat menjenguknya, memberikan kesejukan, dan mendoakan untuk
kesembuhannya; akan sangat baik lagi jika Anda membawa hadiah yang
sesuai.
Rasulullah saw. bersabda,
"Hendaklah kalian
saling memberi hadiah, kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling
mencintai."
(HR. Malik dalam "Al-Muwatha"')
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda,
"Barangsiapa menjenguk
orang sakit atau mengunjungi saudaranya sesama muslim kerana Allah, maka
malaikat akan berseru kepadanya, 'Kamu dalam keadaan baik dan baik pula
tempat tujuanmu, kamu pun akan ditempatkan di syurga.'"
(HR. Muslim)
Di tempat teman Anda tersebut, Anda pun dapat berkenalan dengan
teman-temannya. Dengan demikian Anda akan semakin banyak mempunyai
kenalan. Jangan sampai kunjungan itu Anda pergunakan untuk membaca quran,
majalah, atau berbicara yang tidak ada gunanya, agar tujuan kunjungan
tersebut dapat terwujud. Jika Anda masuk rumahnya, hendaklah Anda duduk
di mana Anda dipersilakan duduk. Diriwayatkan dalam sebuah atsar,
"Barangsiapa masuk
rumah salah seorang di antara kamu maka duduklah di tempat tersebut,
kerana kaum itu lebih mengetahui aurat rumah mereka."
(HR. Thabrani)
Keempat,
jika ia mengundangmu maka penuhilah Setelah melewati tahapan-tahapan di
atas maka hubungan antara kalian akan semakin erat. Suatu saat teman
Anda akan menghadapi keadaan-keadaan penting, seperti sukses dalam tugas,
pernikahan, atau yang lainnya, lalu ia mengundang Anda untuk menghadiri
acara-acara tersebut. Anda harus memenuhi undangan tersebut kerana ini
merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa harus Anda rencanakan
sebelumnya.
Begitu juga sebaliknya, Anda pun harus mengundangnya dalam acara-acara
penting yang Anda adakan.
Kelima,
jika ia bersin dan mengucapkan "hamdalah" maka jawablah (ucapkan "yarhamukallah")
Duduk bersebelahan dengan orang yang belum dikenal di suatu tempat, baik
di perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang
yang duduk di sebelah Anda itu bersin maka hendaklah Anda menoleh
kepadanya dengan wajah berseri seraya mengucapkan, "yarhamukallah (mudah-mudahan
Allah memberi rahmat kepada Anda)." Tentunya hal ini akan menjadikan
dirinya merasakan sesuatu yang baru dan setelah itu Anda dapat
bercakap-cakap dengannya.
Keenam,
jika ia meninggal dunia maka hantarkanlah ke tempat pemakamannya Apa yang
dapat ia lakukan setelah meninggal dunia dan dikubur? Pada hakikatnya,
menghantar orang lain yang meninggal ke tempat pemakaman adalah menghantar
dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran, dan
merenungkannya. Ini sebuah sunah Rasulullah saw. yang menggambarkan
persatuan dan kesatuan kaum muslimin. Jika sebelumnya Anda dapat mengenal
peribadi orang yang telah meninggal dunia, maka sekarang Anda dapat
menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan
orang-orang yang berta'ziah ke rumahnya.
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw. bersabda,
"Barangsiapa menghadiri
jenazah hingga menshalatkannya, maka baginya pahala satu qirath.
Barangsiapa menyaksikan hingga di makamkan, maka baginya dua qirath."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah dua qirath itu, wahai Rasulullah?"
Rasulullah menjawab, "Seperti dua gunung yang besar."
(Muttafaqun 'Alaih)
Bagikan ini :
Comments
Post a Comment
Silakan berkomentar secara bijak dan sesuai dengan pembahasan