86. Sementara...
📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)
Pada suatu waktu, di Kuwait, saya mengunjungi Jam'iyatul Ishlah Al-Ijtima'i.
Saya disambut oleh seorang penjaga yang berasal dari Afghanistan bernama
"Habibullah". Setelah berbincang-bincang dengannya, saya membaca dalam
data dirinya bahawa ia adalah "pegawai sementara ". Saya katakan
kepadanya, "Mengapa Jam'iyah tidak mengangkat Anda sebagai pegawai tetap?"
Ia menjawab, "Wahai Paman Haji, di dunia ini kita semua sementara...."
Sungguh, jawapan seorang mukmin ini benarbenar telah mengejutkanku. Ya,
kita semua di dunia ini hanya sementara, dan setiap yang ada di atas
dunia akan binasa. Tetapi jawapan seperti ini jarang sekali terdengar
dari kebanyakan umat Islam. Kebanyakan manusia lalai bahawa kematian pun
datangnya sekonyong-konyong. Benar memang apa yang dikatakan Rasulullah
saw., "Semua
manusia tertidur lelap, hingga ketika kematian menghampiri barulah
tersadar."
Bagikan ini :
Comments
Post a Comment
Silakan berkomentar secara bijak dan sesuai dengan pembahasan