5. Untukmu Saudaraku
📚 Terjemah Kitab At-thariq Ilal Quluub (Perjalanan Ke Hati)
Individu adalah komponen terkecil penyusun masyarakat, Dia memegang
peranan penting dalam menentukan perjalanan dan bentuk masyarakat itu
sendiri. Oleh kerana itu, yang menjadi tonggak dalam gerakan kita adalah
individu, kemudian keluarga, dan akhirnya masyarakat. Maka perbaikilah
dirimu terlebih dahulu, kemudian serulah orang lain ke jalan kebaikan.
Kerana terwujudnya peribadi-peribadi yang benar-benar mukmin akan
membuka banyak peluang untuk sukses. Inilah karakteristik Islam yang
paling menonjol, iaitu pembentukan peribadi islami
{takwin asy-syakhshiyab
al-islamiyyah).
Walau jumlah orang yang memusuhi Islam sangat banyak, namun jika kita
dapat mengajak satu orang dari mereka dalam setiap hari agar mahu
bergabung dalam dakwah islamiah, maka perlahan tapi pasti kita telah
mengentaskan mereka dari kehinaan jahiliah menuju kemuliaan di bawah
naungan cahaya Islam. Bukankah ini adalah tujuan dakwah? Bukankah
mencari pengikut dengan cara seperti ini adalah tindakan yang bijaksana
dan akan membuahkan hasil yang jelas?
Tugas kita adalah meluruskan pendapat umum yang salah terhadap Islam.
Jika individu bisa menjadi baik, maka masyarakat pun akan menjadi baik,
dan dengan sendirinya Islam akan berdiri tegak. Dalam jamaah dakwah
islamiah sendiri, kita mengadakan suatu program yang kita sebut dengan
projek al-akh
al-wahid, iaitu
setiap anggota berjanji dan berusaha untuk mengajak satu orang anggota
baru dalam satu tahun.
Tidak seorang pun diperbolehkan menunda-nunda waktu, kerana perputaran
waktu adalah bahagian dan pengubatan dan pembentukan
(at waqtu juz'un minal 'ilaj
wat takwin).
Sehari dalam kehidupan individu adalah setahun dalam kehidupan umat.
Umat yang mengerti betul akan hakikat kehidupan, mereka tidak akan
pernah mati. Ini semua akan bergantung pada para da'i dalam memandang
kesucian dan urgensi risalah dakwah serta bergantung pada pengorbanan
para da'i, baik harta, tenaga, mahupun waktu.
Yang perlu diperhatikan oleh para da'i pada masa pembentukan (fase
takwiniyab)
adalah memberikan
uswah hasanah,
bertujuan menampilkan di hadapan masyarakat gambaran nyata tentang
Islam. Ini harus dilakukan dengan kemantapan
Kiat Memikat Objek Dakwah
iman, pemahaman yang universal, dan bertoleransi dalam masalah-masalah
khilaf dan furu.
Metode dakwah haruslah secara
tadarruj
(bertahap), sebagaimana firman Allah swt.,
"Dan berilah peringatan
kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat."
(Asy-Syu'ara: 214)
"Maka sampaikanlah
olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu)
dan berpalinglah dari orang-orang musyrik. "
(Al-Hijr: 94)
"Telah diizinkan (berperang)
bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telab
dianiaya. Sesunggubnya Allah benar-benar Maha kuasa menolong mereka itu."
(Al-Hajj: 39)
Dari anasir jahiliah, Rasul mencetak pasukan hidayah. Dari anasir
hidayah, Rasul menaklukkan negen-negeri thaghut. Di jalan itulah, Rasul
meletakkan sistem dakwahnya.
Bagikan ini :
Comments
Post a Comment
Silakan berkomentar secara bijak dan sesuai dengan pembahasan